NOTA SEORANG GURU
Thursday, November 12, 2015
TOKOH-TOKOH MATEMATIK
Salam
semua..
- RENE’ DESCARTES (1596-1650 )
- ARCHIMEDES 287 – 212 SM
- SIR ISAAC NEWTON (1642-1727)
- JOHANN CARL FRIEDRICH GAUSS
- AL-BIRUNI (973-1050)
- AL-BATTANI (850-929)
- AL-KHAWARIZMI (780 - 850)
- OMAR KHAYYAM (1048-1131)
- AL KHAZIN (900-971)
BELAJAR MATEMATIK LEBIH MUDAH
Assalamualaikum.....
Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi
mereka atau dengan kata lain macam mana nak belajar Matematik cara mudah?
Sebenarnya tak pasti apa jawapan yang paling tepat, tapi apa yang pasti,
terdapat pelbagai cara. Antaranya:
1. Ubah persepsi atau mind
set yang mana menganggap Matematik itu susah atau killer
subject. Persepsi begini timbul apabila kita mendengar luahan kata
para senior terdahulu
yang sengaja menakut-nakutkan kita. Abaikan sahaja mereka.
2. Sukakan Matematik. Bina minat dalam subjek
ini. Kalau dah suka, memang semua jadi mudah :)
3. Belajar dalam bahasa ibunda. Sebenarnya
bahasa tak penting, yang penting penerangan yang jelas dan boleh difahami.
Kalau penerangan guru dalam Bahasa Inggeris, tapi kita tak faham pun tak boleh
jugak kan? Jadi lebih baik suruh guru kita guna bahasa yang kita sendiri mudah
untuk faham.
4. Fokus semasa pembelajaran berlaku.
Kemudian perlu juga untuk faham apa yang dipelajari. Kalau tak faham, jangan
tangguh-tangguh, segera bertanya pada guru untuk penerangan yang lebih jelas.
TIPS BELAJAR MATEMATIK
Salam semua..
Hari nie Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik
adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu
matematik. Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan
pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa
yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat
perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata ilmu
matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.
Namun, apabila kita berada di alam persekolahan,
kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini
berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat
untuk mempelajarinya? MengapaGAGAL
MATEMATIK ini
berlaku?
Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK
MEMAHAMI matematik.
Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak
memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya
dengan cikgu? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang
sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau
perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep
matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang
diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa
yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu
memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda terhadap matematik.
Berikut adalah garis panduan (pengalaman sendiri
saya) untuk lebih faham mengenai matematik.
1.
Memberikan TUMPUAN yang sepenuhnya ketika pengajaran di
dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi, cuba untuk menggunakan tumpuan
ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh cikgu.
2. BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai
sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu
konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman
keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh
bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak
jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama
kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal ini mampu membunuh
kefahaman anda.
3. BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan
sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk
menguasainya. Jadi LATIHAN adalah
aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan
bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza
dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk
melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu
memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan.
Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang
dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi.
Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan.
Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun
secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet.
Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.
4. Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik
ini SUSAH.
Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat
mempengaruhi semangat anda untuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda
negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk
adalah membenci matematik.
Friday, November 6, 2015
MATEMATIK
Apakah Matematik & Kenapa Perlu Belajar Matematik?
- Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
- Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
- Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
- Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)