Thursday, November 12, 2015

APA ITU KBAT ?








ISU KEPERCAYAAN MATEMATIK





TOKOH-TOKOH MATEMATIK



          
Salam semua..

  •  RENE’ DESCARTES (1596-1650 )
  • ARCHIMEDES 287 – 212 SM
  • SIR ISAAC NEWTON (1642-1727)
  • JOHANN CARL FRIEDRICH GAUSS
  • AL-BIRUNI (973-1050)
  • AL-BATTANI (850-929)
  • AL-KHAWARIZMI (780 - 850)
  • OMAR KHAYYAM (1048-1131)
  • AL KHAZIN (900-971)




BELAJAR MATEMATIK LEBIH MUDAH

Assalamualaikum.....

Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi mereka atau dengan kata lain macam mana nak belajar Matematik cara mudah? Sebenarnya tak pasti apa jawapan yang paling tepat, tapi apa yang pasti, terdapat pelbagai cara. Antaranya:

1. Ubah persepsi atau mind set yang mana menganggap Matematik itu susah atau killer subject. Persepsi begini timbul apabila kita mendengar luahan kata para senior terdahulu yang sengaja menakut-nakutkan kita. Abaikan sahaja mereka.
2. Sukakan Matematik. Bina minat dalam subjek ini. Kalau dah suka, memang semua jadi mudah :)
3. Belajar dalam bahasa ibunda. Sebenarnya bahasa tak penting, yang penting penerangan yang jelas dan boleh difahami. Kalau penerangan guru dalam Bahasa Inggeris, tapi kita tak faham pun tak boleh jugak kan? Jadi lebih baik suruh guru kita guna bahasa yang kita sendiri mudah untuk faham.

4. Fokus semasa pembelajaran berlaku. Kemudian perlu juga untuk faham apa yang dipelajari. Kalau tak faham, jangan tangguh-tangguh, segera bertanya pada guru untuk penerangan yang lebih jelas.

TIPS BELAJAR MATEMATIK

Salam semua..
Hari nie Cikgu ingin berkongsi dengan anda tentang Tips Belajar Matematik.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Matematik adalah suatu subjek yang penting. Setiap hari kita mengaplikasikan ilmu matematik. Sewaktu kita berbelanja(membeli belah) kita mengaplikasikan pengetahuan matematik. Apabila kita membuat temu janji, kita akan mengira masa yang ada. Apabila kita melihat harga sesuatu barang, kita membuat perbandingan harga, ilmu matematik turut diaplikasikan. Pendek kata ilmu matematik berkaitan dengan kehidupan seharian.
Namun, apabila kita berada di alam persekolahan, kita mempelajari suatu ilmu matematik, minat tersebut berkurang. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita gagal subjek matematik, maka kita tidak berminat untuk mempelajarinya? MengapaGAGAL MATEMATIK ini berlaku?
Salah satu sebab kegagalan matematik adalah TIDAK MEMAHAMI matematik. Terdapat banyak faktor lain, tapi dalam hal ini, kita mengulas tentang tidak memahami matematik. Jika anda tidak memahami matematik, adakah anda bertanya dengan cikgu? atau hanya berdiam diri? Tunggu sehingga ketidak fahaman yang sedikit menjadi ketidak-fahaman yang besar. Adakah anda membuat rujukan atau perbincangan dengan rakan-rakan jika tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik yang tidak jelas atau tidak faham? Adakah anda membuat latihan yang diberikan oleh cikgu? adakah anda membuat latihan tambahan? Berapa lama masa yang anda luangkan untuk belajar matematik? Persoalan-persoalan ini mampu memberikan jawapan kepada ketidakfahaman anda terhadap matematik.
Berikut adalah garis panduan (pengalaman sendiri saya) untuk lebih faham mengenai matematik.
1.        Memberikan TUMPUAN yang sepenuhnya ketika pengajaran di dalam kelas. Ini kerana otak manusia biasanya dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya sehingga 30 minit yang pertama. Jadi, cuba untuk menggunakan tumpuan ini sebaik-baiknya untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh cikgu.

2.       BERTANYA. Jika anda tidak jelas, atau tidak faham mengenai sesuatu konsep matematik, sila bertanya. Jika terlepas atau tidak faham suatu konsep yang mungkin asas atau mudah, ini mungkin akan menjejaskan kefahaman keseluruhan konsep matematik. Jika malu bertanya di dalam kelas, anda boleh bertanya di luar kelas. Cikgu sentiasa membantu untuk menjelaskan ketidak jelasan anda. Harus diingat, jika kita menyimpan ketidak fahaman anda, lama kelamaan ia akan menjadi ketidak fahaman yang besar dan hal ini mampu membunuh kefahaman anda.


3.       BUAT LATIHAN. Seperti sukan, untuk memahirkan diri dengan sesuatu bidang, anda haruslah meluangkan masa, tenaga dan fikiran untuk menguasainya. Jadi LATIHAN adalah aspek yang penting. Dengan latihan, ia akan memberikan pengalaman menyelesaikan bentuk-bentuk soalan. Hal ini memberikan idea dan konsep yang berbeza-beza dalam penyelesaian. Dengan latihan juga, ia menjana pemikiran anda untuk melihat suatu konsep itu pada sudut yang lain. Latihan yang berterusan mampu memberi kemahiran -kemahiran menyelesaikan soalan pada sudut yang berlainan. Disamping itu, otak anda akan membina skema penyelesaian kepada latiha yang dibuat. Pengalaman penyelesaian ini memberikan kefahaman yang lebih dalam lagi. Dengan bertambahnya pengalaman, kemahiran turut dapat digilap dan dimurnikan. Latihan boleh dilakukan dengan belajar sendiri, belajar berkumpulan atau pun secara online. Banyak sumber matematik boleh diperolehi melalui internet. Terdapat juga pembelajaran secara online menerusi internet.


4. Aspek lain adalah, jangan menganggap matematik ini SUSAH. Anggaplah ia sebagai sesuatu yang mencabar dan penting. Tanggapan ini amat mempengaruhi semangat anda untuk mempelajari matematik. Jika tanggapan anda negatif, secara langsung timbul sikap untuk tidak minat, malah yang lebih teruk adalah membenci matematik.

Friday, November 6, 2015

MATEMATIK

Apakah Matematik & Kenapa Perlu Belajar Matematik?

  • Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

  • Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

  • Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

  • Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.